Memandangkan Subseksyen 16 dan 17 tidak menimbulkan apa-apa isu perundungan, maka ianya perlu dilihat secara sepintas lalu sebelum kita membicarakan tentang peruntukkan di bawah Subseksyen 15 Enakmen yang berkenaan.
Subseksyen 16 dan 17 kepada Seksyen 47 hanya membicarakan tempoh eddah setelah lafaz talaq atau cerai dibuat oleh suami.
Subseksyen 16 menyatakan tentang tempoh eddah talaq raj'i iaitu tiga kali suci bagi isteri yang tidak mengandung atau tiga bulan Qamariah bagi isteri yang telah putus atau tiada haid manakala Subseksyen 17 pula adalah tempoh eddah talaq raj'i bagi isteri mengandung yang akan berakhir dengan kelahiran anak tersebut.
Ianya adalah selari dengan beberapa dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang mensyariatkan kewajipan eddah. Antara dalil-dalil tersebut ialah:
i. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228

yang bermaksud:
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ii. Firman Allah SWT dalam Surah al-Talaq ayat 4

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh `iddah mereka) maka `iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga `iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh `iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.
iii. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a., katanya yang bermaksud:
Rasululah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid.
Seksyen 47(15) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
Secara dasarnya Subseksyen 15 ini hanya berkait dengan peruntukkan kedua bagi Seksyen 47 sebagaimana yang dibincangkan di dalam Bahagian 1 penulisan ini iaitu fungsi jawatankuasa pendamai.
Seksyen 47(15) menyatakan:
Kehendak subseksyen (5) tentang
rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak terpakai dalam sesuatu kes—
(a) di mana pemohon mengatakan bahawa dia telah ditinggal langsung oleh pihak yang satu lagi itu dan tidak tahu di mana pihak yang satu lagi itu berada;
(b) di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar Malaysia Barat dan ia tidak mungkin masuk ke dalam bidang kuasa Mahkamah yang berkenaan itu dalam masa enam bulan selepas tarikh permohonan itu;
(c) di mana pihak yang satu lagi itu sedang dipenjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
(d) di mana pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu lagi itu sedang mengidap penyakit otak yang tak boleh sembuh; atau
(e) di mana Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak praktik.
Isu Pertama
Melihat kepada klausa (a), (b), (d) dan (e), mungkin benar sukar untuk jawatankuasa pendamai menjalankan tanggungjawabnya untuk cuba menyelamatkan rumahtangga pasangan yang bergolak itu.
Namun apakah rasionalnya untuk menafikan peranan jawatankuasa pendamai bagi klausa (c) itu. Adakah hukuman penjara tiga tahun atau lebih itu menyebabkan kesukaran untuk berhubung atau mengakibatkan pesalah yang dipenjara itu menjadi seorang yang tidak waras atau ianya boleh dikira sebagai satu faktor atau hal keadaan yang luar biasa sehinggakan usaha pendamaian adalah mustahil untuk dijalankan.
Jawatankuasa pendamai perlu menjalankan tanggungjawabnya dalam cuba mendamaikan pasangan yang berkonflik itu walaupun salah seorang dari pasangan tersebut sedang menjalani hukuman penjara sekiranya terdapat kemungkinan yang munasabah untuk mewujudkan pendamaian diantara kedua belah pihak sebagaimana yang disarankan oleh Seksyen 47(5) Enakmen yang sama.
Sekiranya pendamaian tidak juga dapat dicapai maka jawatankuasa pendamai berhak untuk membuat laporan berkenaan dapatan mereka itu mengikut Seksyen 47(11) dan (14) Enakmen yang sama. Ternyata Subseksyen 11 dan 14 itu merupakan jalan keluar yang telah sedia ada bagi mewajarkan usaha untuk perdamaian bagi satu pasangan yang berada di dalam penjara dan membuktikan bahawa ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dipraktikkan.
Meletakkan klausa (c) sebagai satu pengecualian terhadap peranan jawatankuasa pendamai ternyata satu perlanggaran kepada objektif peruntukkan kedua di dalam Seksyen 47 itu sendiri dan seharusnya dengan alasan itu ianya menjadi klausa (c) itu suatu yang tidak relevan dan tidak sah. Dalam ertikata lain, klausa (c) itu seharusnya dibuang dan dikeluarkan daripada Subseksyen 15 itu.
Isu Kedua
Ianya agak mudah difahami apabila kita meneliti peruntukkan di bawah Seksyen 47(15)(e) yang menyatakan bahawa rujukan kepada jawatankuasa pendamai tidak perlu dibuat apabila Mahkamah berpendapat bahawa pertikaian yang wujud diantara suami isteri itu melibatkan suatu isu yang luar biasa sehingga menjadikan rujukan tersebut adalah tidak praktikal.
Melihat kepada isu yang luar biasa itu, Mahkamah boleh terus mengarahkan supaya prosiding Hakam mengikut Seksyen 48 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam dijalankan bagi menyelesaikan pertikaian tersebut tanpa perlu melalui prosiding jawatankuasa pendamai, selaras dengan peruntukkan di bawah Seksyen 47(14) Enakmen yang sama.
Namun tidak dinyatakan apakah hal keadaan yang luar biasa itu dan bagaimanakah ianya harus dibuktikan. Setakat hari ini tiada prosidur yang jelas samaada di dalam Enakmen sendiri ataupun melalui arahan amalan bagaimana hal keadaan yang luar biasa itu perlu dibuktikan.
Disebabkan itu, Mahkamah telah mengambil pendekatan yang amat mudah dalam menilai hal keadaan yang dikatakan luar biasa itu. Mahkamah akan hanya melihat segala alegasi di dalam Pernyataan Tuntutan di dalam Saman dan mendengar permohonan lisan oleh pihak peguam syarie atau pemohon sendiri dalam menentukan sama ada peruntukkan di bawah klausa (e) Subseksyen 15 terpakai di dalam kes yang dibicarakan itu. Satu prosidur yang terlalu mudah dan ternyata luar biasa digunapakai oleh Mahkamah dalam membuktikan suatu keadaan yang luar biasa!.
Dalam menjalankan bidang kuasanya yang luas itu, Mahkamah tidak langsung memberikan penekanan supaya hal keadaan yang luar biasa itu dibuktkan dengan serius melalui satu perbicaraan interlokutori.
Seharusnya Mahkamah menetapkan bahawa satu permohonan secara rasmi dibuat oleh Pemohon melalui Notis Permohonan dan Afidavit bagi mendapatkan pengecualian daripada menjalani prosiding jawatankuasa pendamai itu. Dan hanya setelah meneliti kesemua Afidavit yang difailkan oleh kedua belah pihak beserta segala ekshibit yang dilampirkan dan hujahan masing-masing, barulah Mahkamah boleh menentukan sama ada isu yang dibangkitkan itu adalah merupakan hal keadaan yang luar biasa ataupun sebaliknya.
Isu Ketiga
Walaupun pengecualian terhadap rujukan kepada jawatankuasa pendamai mudah difahami di dalam situasi di bawah klausa (e), namun ianya tidak semudah itu jika ianya cuba diaplikasikan ke dalam situasi di bawah klausa (a), (b) dan (d).
Dalam ketiga-tiga situasi tersebut, sememangnya lantikan jawatankuasa pendamai adalah mustahil. Ini kerana tanpa penglibatan secara aktif dari suami dan isteri yang bertelagah itu ataupun salah seorang darinya akibat daripada keadaan yang dinyatakan di dalam klausa (a), (b) dan (d) itu, segala tindakan yang telah digariskan di dalam Subseksyen 5 sehingga 14 Enakmen tersebut tidak boleh dilaksanakan.
Persoalannya adalah, sekiranya pengecualian rujukan kepada jawatankuasa pendamai diberikan bagi klausa (a), (b) dan (d) itu, adakah Mahkamah boleh mengarahkan supaya prosiding Hakam dijalankan bagi kes tersebut mengikut Subseksyen 14 Seksyen 47 itu. Adakah prosiding Hakam boleh dipraktikkan apabila salah satu pihak kepada rumahtangga tersebut tidak dapat dikesan ataupun tidak mungkin akan balik ke Malaysia dalam tempoh enam bulan ataupun beliau seorang yang tidak sempurna akal untuk melantik dan menyerahkan kuasa kepada Hakam.
Oleh itu adalah jelas bahawa bukan sahaja jawatankuasa pendamai atau prosiding Hakam tidak boleh dilaksanakan bagi kesemua keadaan di dalam klausa (a), (b) dan (d) itu, malahan perceraian secara baik mengikut Seksyen 47 (1) sehingga (4) juga tidak boleh dijadikan kenyataan.
Cadangan Penyelesaian
Seharusnya klausa (a), (b) dan (d) bagi Seksyen 47(15) ini tidak perlu diwujudkan sama sekali kerana ianya tidak relevan langsung dengan prosiding jawatankuasa pendamai ataupun prosiding Hakam dan juga konsep perceraian secara damai.
Ketiga-tiga klausa tersebut seharusnya dijadikan pengecualian terhadap prosiding di bawah Seksyen 47 itu sendiri. Ini bermakna sekiranya wujudnya situasi di dalam klausa (a), (b) ataupun (d) itu, maka Pemohon/Plaintif langsung tidak boleh memfailkan permohonan perceraian di bawah Seksyen 47 dan bukannya memohon supaya prosiding jawatankuasa pendamai itu dikecualikan.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam sendiri telah memberikan peruntukkan yang jelas dalam menangani permasalahan yang wujud akibat daripada isu di bawah klausa (a), (b) ataupun (d) itu.
Sekiranya satu-satu pihak itu memohon untuk bercerai di atas alasan ditinggalkan oleh suaminya sebagaimana yang dinyatakan di dalam klausa (a) atau (b) maka beliau berhak dan lebih sesuai untuk membuat permohonan perceraian secara takliq ataupun fasakh.

Seksyen 50 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pahang) ada memperuntukkan bahawa:
(1) Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan ta’liq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku.
(2) Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan, jika berpuas hati bahawa perceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, hendaklah mengesahkan dan merekodkan perceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
Mengikut keterangan takliq yang dibaca oleh suami sewaktu pernikahan sebagaimana yang ditertera di dalam Sijil Nikah, ada dinyatakan sebagaimana berikut:
…“Saya mengaku
apabila saya tinggalkan isteri saya ............................ selama
empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau
paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya
selama tempoh masa saya yang tersebut padahal ia taatkan saya atau
saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu
kepada mahkamah syariah dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah dan
ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit
maka pada ketika itu tertalaq ia dengan cara talaq khulu’”
(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu—
(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
Manakala peruntukkan di bawah Seksyen 53 (1)(k) dan (l) adalah sesuai digunakan untuk mendapatkan fasakh bagi situasi di dalam klausa (d) Sekyen 47 tersebut.
Seksyen 53 (1)(k) dan (l) menyatakan bahawa:
(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguh pun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31/52] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau
(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, memandangkan terdapat peruntukkan lain di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Pahang) bagi membubarkan perkahwinan di atas alasan pemohon menghilangkan diri atau mengidap sakit otak, maka ianya tidak seharusnya diletakkan di bawah Seksyen 47, Enakmen yang sama. Lebih-lebih lagi ianya adalah mustahil untuk pihak yang terlibat itu untuk memberikan persetujuannya ataupun melantik wakil bagi dirinya ataupun memberi kuasa kepada Hakam untuk membuat keputusan bagi pihaknya.
Dengan pembuangan klausa (a), (b), (c) dan (d) daripada Subseksyen (15), maka satu-satunya pengecualian yang boleh dibuat terhadap prosidng jawatankuasa pendamai adalah dalam situasi di bawah klausa (e) sahaja. Untuk itu, pindaan yang sewajarnya perlu dibuat kepada Seksyen 47(15) bagi menjelaskan prosidur yang seharusnya digunapakai dalam membuktikan isu yang luar biasa itu.

Sekian.
No comments:
Post a Comment